Terma dan syarat (dikemaskini pada ( 20 April 2015 )
- Anda mesti approve dahulu ayat iklan sebelum saya mulakan proses seterusnya.
- Selepas video siap diproses, sebarang perubahan adalah dikenakan cas tambahan kecuali terdapat kesilapan dari pihak saya.
- Selepas video saya siapkan, anda harusnya menerima pengiraan kos video dari saya. Saya akan buat pengiraan untuk harga video anda dan anda mestilah baca dahulu sebelum buat bayaran kepada saya.
- Cas untuk memasukkan “Watermark” sepanjang video adalah RM20 kerana saya terpaksa gunakan software berlainan dan perlukan masa tambahan untuk menyiapkannya.
- Tempoh masa untuk siap sepenuhnya adalah 1-3 hari bekerja paling cepat atau 4-7 hari bekerja paling lama selepas ayat iklan dah di approve 100% oleh pihak anda.
- Anda mestilah memberi sedikit testimoni sama ada berpuas hati atau tidak selepas anda tonton video kami hasilkan untuk kegunaan pemasaran kami.
- Sebarang perubahan atau penambah baikan tidak saya terima kalau itu BUKAN dari silap saya. Saya selalu memastikan pihak tuan/puan buat pengesahan ejaan, gambar dari puhak tuan/puan pada ayat iklan yang akan digunakan bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku. Video ini saya buat pakej budget untuk menolong SME Business Owner dalam pemasaran video. Tak perlu lagi tempah video beribu ringgit. hanya beberapa puluh ringgit sahaja dah dapat 1 video iklan terbaik. Saya akan ambil upah tambahan sedikit. RM10-RM20 sahaja kalau pihak tuan/puan tetap mahu perubahan atau penambah baikan dilakukan.
Terima kasih kerana membaca dan memahami terma dan syarat saya sediakan.
Tag :
terma syarat
0 Komen untuk "Terma dan syarat untuk menempah video handwriting"